Sunday 31 October 2010

15 Sebab Turunnya Bala


15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Saturday 30 October 2010

istiqomah


Istiqomah Mendepani Cabaran


Hiburan Pun Ada Hadnya

Islam Bukan Memusuhi Hiburan

Malaysia nampaknya sudah menghadapi masalah dan cabaran baru pula ,bila isthilah “ISLAM HADHARI” ini dilaksanakan. Cabaran ini bukan menggugat fizikal orang ISLAM,sebaliknya menggugat keimanan dan aqidah mereka.

“Projek Islam Hadhari” nampaknya tidak lebih dari coretan-coretan indah di helaian-helaian kertas sahaja kerana belum terbukti di pentas kenyataan ia benar-benar terlaksana seperti dijanjikan.

Lihatlah sendiri, konsert-konsert hiburan semakin rancak dianjurkan. Banyak pula pihak berlumba-lumba mengadakan konsert dan hiburan untuk menaikkan taraf artis dimata masyarakat,dari orang biasa sehinggalah para menteri dan pihak universiti.

Sebelum ini, “ratu gelek Inul” tak pernah diperkatakan orang, sekarang sudah mahsyur diperdagangkan dan hangat di ‘sembang” kan.

Nilailah petikan dari kata-kata Dr. Mohd Asri bin Zainal Abidin ini…

“Mungkin akan ada yang berkata, ‘memang awak tidak kenal kerana awak bukan peminat industri muzik’.Mungkin.. namun media massa begitu luas. Saya seorang pembaca akhbar.Sekurang-kurangnya terlintas juga namanya. Namun nama Inul tidak saya dengari sebelum ini. Apa yang penting segala artis yang agak terkenal atau sudah terkenal dibawa ke negara ini. Sekalipun bersama mereka unsur negetif yang banyak. Saya tidak tahu di mana hadharinya jika wanita bergelek atas pentas. Saya cuba mencari konsep ‘gelek hadhari’ di dalam buku JAKIM, tapi tidak ada. Dari mana ia datang saya tidak pasti.”

Lihatlah…betapa banyak dari anak-anak melayu yang menghadiri konsert-konsert seperti ini. Sebelum ini dengan “Malaysian Idol”nya, Akademi Fantasia, Mentor dan sebagainya.. Adakah dengan konsert atau progam-program seperti ini ‘orang melayu’ yang beragama Islam boleh membangun menjadi satu bangsa yang kuat, berwibawa dan berkualiti? Inikah “Islam Hadhari” yang ingin dibangunkan? Ke mana perginya buku panduan Islam Hadhari yang telah diterbitkan oleh JAKIM itu? Bergunakah buku itu sekarang?

Lihatlah…betapa membazirnya kita dengan menghabiskan duit untuk ber’sms’ semasa ‘Akademi Fantasia’. Jika undi sms Akademi Fantasia itu disalurkan untuk pembangunan pendidikan, sudah banyak manfaat yang boleh kita dapat dan sumbangkan. Semuanya lebur demi mengundi ‘calon-calon’tidak pun membela nasib umat dan orang yang beragama Islam kelak.

Ingatlah…jangan kamu berkata jika kamu tidak mampu laksanakannya.Fahamkan dan hayatilah dahulu peringatan yang telah difirmankan daripada Allah dalam kitab sucinya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kemurkaan di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”
(surah As-Saff : 2-3)

Islam bukan memusuhi hiburan, tetapi ada batas-batasnya. Hiburan-hiburan yang sedang ditaja ini tidak membangunkan apa-apa melainkan hanya memperbanyakkan unsur-unsur negetif dalam masyarakat.

Padahal bagi kita, tamadun yang sebenar adalah seperti yang dikatakan oleh
Al-Qaradawi:

“Namun yang kita ingin tegaskan sejak dari awal lagi bahawa hadharah (ketemadunan) yang Islam dirikan bukan seperti tamadun-tamadun yang lain, yang lebih mementingkan sudut jasad dan nafsu insan. Dengan mementingkan kelazatan yang segera di dunia. Dengan menjadikan dunia perkara terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Yang tidak meletakkan Allah dalam falsafahnya satu kedudukan sekalipun. Akhirat pula tiada ruang dalam sistem pemikiran dan pendidikan.
Ini sudah bercanggah dengan Hadharah Islam (Tamadun Islam). Yang mana, ianya menyambung insan dengan Tuhan. Mengikat antara langit dan bumi. Menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan roh dengan kebendaan. Menyeimbangkan antara akal dengan hati. Menghimpunkan antara ilmu dengan iman. Ia mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat tentang kemajuan kebendaan. Ia sebenarnya tamadun kerohanian dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan, individi dan jemaah. Inilah tamadun yang seimbang dan pertengahan”.
(Dr.Yusuf al-Qaradawi, Al-Sunnah masdaran lil-Ma’rifat wal-Hadharat, m.s. 204, cetakan : Dar al-Syuruq, Mesir).