Thursday 22 November 2012


Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”.  Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.  Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan.  Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. 

Talaqqi
Talaqqi pada bahasa :  pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
Talaqqi pada Istilah   :   Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir
Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut )

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya.  Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah
  1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
  2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
  3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
  4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan  besar kepada murid.
Objektif
  1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
  2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
  3. Membaca dengan betul dan fasih.
  4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.
Ciri-Ciri
       1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
       2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
       3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
       4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
       5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid mengikut)
8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10. Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan.  Guru menulis di papan tulis.
11. Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di papan gulung, manila kad atau sebagainya.  Pemulihan boleh dilakukan secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.
12. Penilaian -  guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa ayat.  Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.
13.  Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu berikutnya.

KAEDAH TASMI', KAEDAH TIKRAR, DAN TALAQQI MUSYAFAHAH..


Walaupun kaedah tasmi’ lebih sesuai digunakan dalam kemahiran hafazan,
namun anda boleh praktikkan kaedah ini dalam kemahiran bacaan Al Quran
untuk menguji bacaan murid yang telah mahir dalam penguasaan membaca Al
Quran.
Dalam kaedah ini, murid akan diminta membaca surah surah yang
ditetapkan di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan
memperbetulkan. Selepas itu, murid boleh ditanya tentang hukum hukum
bacaan atau tajwid dan maksud tanda tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.
Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara sama ada guru mendengar dan meneliti bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau individu secara bergilir gilir atau murid membaca dengan suara yang nyaring. Antara kekuatan kaedah ini adalah seperti berikut:

(i) Guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan tepat;
(ii) Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan;
(iii) Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan sebenar murid;
(iv) Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid; dan
(v) Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik.
Kaedah tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan kaedah latih tubi.Pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara berulangkali.
Caranya adalah :

(i) Selepas guru membaca, murid akan mengikut bacaan guru;
(ii) Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh murid murid lain lalu
murid murid membaca secara kelas; dan
(iii) Seterusnya, murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan,
sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca,
sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut.

Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik, ia hendaklah dilakukan secara berturutan dan berulang kali.
Berhubung kaedah tikrar ini,Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan hadis yang bermaksud :

‘Rasulullah s.a.w suka mengulang ulang suatu perkara kepada para sahabat
sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.’

Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu dilakukan supaya ia
berkesan tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud :

‘Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu satu
ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w
diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk
memahaminya.’

Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ulangan ini adalah dilakukan sebanyak tiga kali berturut turut pada masa yang sama dan jangan lupa memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang di antaranya. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain untuk didengar oleh murid. Kemudian, apabila murid mengikut bacaan tersebut,rakam suara murid di dalam kaset. Perdengarkan kembali rakaman tersebut kepada murid agar mereka dapat mengesan kesilapan kesilapan bacaan mereka sebelum anda membetulkan kesilapan tersebut.

Antara kekuatan kaedah ini adalah :

(i) Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid;
(ii) Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan; dan
(iii) Kaedah ini dapat membina keyakinan murid.
Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara
bersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan
bibir guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedah
mempelajari bacaan Al Quran yang tertua. Ia dipraktik oleh Malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu penurunan wahyu yang pertama.
Malaikat Jibrail a.s membacakan ayat ayat Al Quran kepada Rasulullah s.a.w dan baginda mengikut bacaan tersebut, lalu terus menghafaznya.
Kemudian, Rasulullah s.a.w membacakan pula ayat ayat tersebut kepada para sahabat baginda. Para sahabat menulis lalu menghafaznya.

Kaedah ini boleh anda aplikasikan di dalam kelas dengan cara anda memberi
contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan
guru secara beramai ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang
murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan
bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain. Carta ayat ayat Al Quran pula boleh ditulis sama ada di papan gulung, kad manila dan sebagainya.
Antara kekuatan kaedah ini adalah :

(i) Kaedah ini amat berkesan jika anda ingin mengenalpasti secara amali tahap
kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum hukum tajwid dalam
bacaan Al Quran yang meliputi makhraj makhraj huruf, sifat sifat huruf
dan lain lain hukum tajwid; dan
(ii) Pembelajaran boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas.
كتابة "المحاسبة":      
الصعبة والمشقة في اكمال الكراسة العملية:
-        فسد الكمبيوتر
-         قلة المعلومات على بحث فى علم النحو
-        قلة المعلومات فى طريق اكمال هذه الكراسة
-        فى الاعراب النصوص القرانيةوالحديث والشعر  العرب
-        لم يجد عندنا كثير الوقت لأن كثير العمل
-        تركت المعلومة عن علم النحو في المنزلي
طرق علاجها:
-        رجع الى بيتي للحصول على كتاب الاعراب فى القران \ وكتاب الشعر \ وكتاب الإنشاء وغير ذلك
-        خذ المعلومات من المعهد الأخر
-        كثير السؤال الى الاستاذ على طريق اكمال هذه الكراسة العملية
-        التعاون من الأصدقاء الخارجية من المعهد      
-        الملاحظة التي تمربها أثناء هذه الواجبات تعاون في العمل المجموعة.
-        المساهمة في جمع المعلومات التعليم والتعلم.
-        تعرف من خلالها قوة وضعفا من المجموعة في التعرف المعلومات وضعف الخبرات الجديدة النفسية . وتكتسيب الخبرات الجديدة النفسية في المهارات الإستماع والمهارات الكلام ، المهارات قراءة والمهارات الكتابة.
-        التعاون في العمل المجموعي
الاستقامة والمسامة في إنجاح البحث في التعليم وتعلم .
-        المناقشة والمقابلة الشخصية مع الأصدقاء والمشرفين.
-         من هذهالمهمة،وكنتقادراعلىقراءةودراسةهذهالوحدة.
-        وكنتقادراعلىمعرفةالمعلوماتالهامةمثلالتقييم ,PKSR
-        وأناأدركأنايزالهناكالكثيرمننقاطالضعف
-        يستطيع عن التعون في العمل المجموعي





المراجع
-        المنهج الدراسي المتكامل للمدارس الابتدائية بماليزيا (اللغة العربية)KBSR
-        http://www.scribd.com/doc/18478178/Panduan-PKSR-BA-Tahun-3rujukan pada 24 hb 9 2012 -jam 7.40 malam
-        http://www.elsawaf.org/elg/mod/resource/view.php?inpopup=true&id=54
-        http://islamicofeducation.blogspot.com/2012/01/blog-post_6743.html
-        http://asdf.mam9.com/t119-topic
-        http://www.khayma.com/fheedmath/techer/mathway.htm



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN...

Tarikh/ Hari: Kelas M/ Pel Tajuk Objektif : : : :

Rabu (3 Oktober 2012) 3 Bestari Pendidikan Islam (Sirah) Peristiwa Hajarul Aswad.

Masa :

10.15 – 10 .45

Bil. Pelajar : 37 orang

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat: 1. Menyebut pengenalan Hajarul Aswad. 2. Menyatakan suasana masyarakat Arab ketika berlakunya perselisihan meletakkan Hajarul Aswad. 3. Menyebut nama – nama kaum Arab yang berselisih faham tentang meletakkan Hajarul Aswad.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui makna Hajarul Aswad. Konsep : Mengetahui bahawa mengucup Hajarul Aswad adalah Sunnah Rasulallah. Bahan : 1. Batu hitam 2. Gambar Hajarul Aswad 3. Kad perkataan 4. Lembaran kerja Nilai : 1. Bekerjasama dalam kumpulan. 2. Menghormati pendapat orang lain. Kemahiran : 1. Menyebut pengenalan Hajarul Aswad dan nama – nama kaum Arab yang berselisih faham tentang meletakkan Hajarul Aswad. 2. Membaca kisah peristiwa perletakkan Hajarul Aswad.

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Menjawab salam guru dan membacakan doa beramairamai.

Catatan

Set Induksi (5 minit) Contoh Hajarul Aswad (benda maujud)

Memberi salam dan meminta murid membacakan doa.

Teknik: Penyoalan secara kelas tentang lagu dan gambar orang bersolat

1. Guru menyoal murid berdasarkan benda maujud (batu hitam) Gambar Hajarul Aswad. 2. Mencungkil idea murid dengan menyoal berpandukan benda maujud yang ditunjukkan oleh guru di depan kelas dan mengaitkannya dengan tajuk. 3.Guru menunjukkan 3. Murid berasa 2. Murid memberi respon terhadap soalan yang diberikan oleh guru. 1. Murid yang mengetahui menjawab benda maujud yang ditunjuk oleh guru. Contoh: 1. Apakah yang saya pegang ini?

gambar Hajarul Aswad.

seronok dengan pengetahuan sedia ada 3 mereka

Perkembangan 1 (10 minit)

Lisan: Murid menyebut semula isi kandungan petikan yang dibaca iaitu bertajuk Peristiwa Perletakan Hajarul Aswad.

1. Guru menunjukkan muka surat dalam buku teks berkaitan tajuk pengajaran. 2. Guru meminta murid membaca

1. Murid membuka halaman yang diberikan oleh guru. 2. Semua murid diminta membaca petikan

Strategi / Teknik: Simulasimenyebut semula isi kandungan petikan yang dibaca. Penerangan tentang isi pelajaran.

petikan mengikut tersebut. guru. 3. Guru meminta semua murid membaca mengikut ketua. 4. Guru menerangkan isi kandungan pelajaran yang telah dibaca. 3. Murid diminta mengikut bacaan murid ketua.

Nilai murni: Kerjasama

4. Murid mendengar penerangan oleh guru.

membaca petikan secara mengikut ketua dengan tertib.

Perkembangan 2 (10 minit)

1.Menyebut nama – nama puak yang bertelagah dalam peristiwa Hajarul Aswad. a/ Bani Auf b/ Bani Abdud Dar c/ Bani ’Adi d/ Bani Makhzum.

1. Guru meminta murid menyebut nama – nama puak yang bertelagah dalam peristiwa tersebut. 2.Guru meminta 4 orang murid menjadi ketua puak dan melakonkan bagaimana

1. Murid menyebut nama – nama puak yang bertelagah dalam peristiwa tersebut. 2. 4 orang murid melakonkan watak ketua puak dan meletakkan Hajarul Aswad. 3. Murid lain melihat bagaimana Hajarul Aswad diletakkan. 4. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja secara individu.

Simulasi : Lakonan meletakkan Hajarul Aswad.

Strategi: Penilaian secara kelas dan diikuti latihan bertulis dan menjawab soalan latihan.

Contoh Kad Perkataan.

Hajarul Aswad diletakkan.

BANI AUF

3. Guru meminta murid lain

BANI ADI

melihat bagaimana Hajarul Aswad diletakkan.

BANI MAKHZUM

4. Guru mengedarkan lembaran kerja.

BANI ABDUD DAR

Penutup (5 minit)

Contohilah kebijaksanaan Rasulallah dan jadilah Rasulallah sebagai idola kita semua.

1.Guru memungut lembaran kerja. 2.Guru menyelesaikan masalah kekeliruan murid.

1. Murid menghantar lembaran kerja. 2. Murid membacakan jawapan mereka.

Strategi: Penyoalan keseluruhan kelas menggunakan lembaran kerja.

3.Guru meminta 3. Murid-murid semua murid membaca

membaca surah surah al-Asr. al-Asr sebagai

penutup P&P.

Refleksi : 30/35 murid dapat menjawab soalan latihan dengan betul. Manakala 5 Murid lagi dibimbing oleh guru. Sekiranya, saya diberi peluang sekali lagi untuk memulakan tajuk yang sama, saya akan memperbanyakkan latih tubi menyebut isi kandungan supaya semua murid dapat menguasai tajuk ini.


Sunday 31 October 2010

15 Sebab Turunnya Bala


15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Saturday 30 October 2010

istiqomah


Istiqomah Mendepani Cabaran


Hiburan Pun Ada Hadnya

Islam Bukan Memusuhi Hiburan

Malaysia nampaknya sudah menghadapi masalah dan cabaran baru pula ,bila isthilah “ISLAM HADHARI” ini dilaksanakan. Cabaran ini bukan menggugat fizikal orang ISLAM,sebaliknya menggugat keimanan dan aqidah mereka.

“Projek Islam Hadhari” nampaknya tidak lebih dari coretan-coretan indah di helaian-helaian kertas sahaja kerana belum terbukti di pentas kenyataan ia benar-benar terlaksana seperti dijanjikan.

Lihatlah sendiri, konsert-konsert hiburan semakin rancak dianjurkan. Banyak pula pihak berlumba-lumba mengadakan konsert dan hiburan untuk menaikkan taraf artis dimata masyarakat,dari orang biasa sehinggalah para menteri dan pihak universiti.

Sebelum ini, “ratu gelek Inul” tak pernah diperkatakan orang, sekarang sudah mahsyur diperdagangkan dan hangat di ‘sembang” kan.

Nilailah petikan dari kata-kata Dr. Mohd Asri bin Zainal Abidin ini…

“Mungkin akan ada yang berkata, ‘memang awak tidak kenal kerana awak bukan peminat industri muzik’.Mungkin.. namun media massa begitu luas. Saya seorang pembaca akhbar.Sekurang-kurangnya terlintas juga namanya. Namun nama Inul tidak saya dengari sebelum ini. Apa yang penting segala artis yang agak terkenal atau sudah terkenal dibawa ke negara ini. Sekalipun bersama mereka unsur negetif yang banyak. Saya tidak tahu di mana hadharinya jika wanita bergelek atas pentas. Saya cuba mencari konsep ‘gelek hadhari’ di dalam buku JAKIM, tapi tidak ada. Dari mana ia datang saya tidak pasti.”

Lihatlah…betapa banyak dari anak-anak melayu yang menghadiri konsert-konsert seperti ini. Sebelum ini dengan “Malaysian Idol”nya, Akademi Fantasia, Mentor dan sebagainya.. Adakah dengan konsert atau progam-program seperti ini ‘orang melayu’ yang beragama Islam boleh membangun menjadi satu bangsa yang kuat, berwibawa dan berkualiti? Inikah “Islam Hadhari” yang ingin dibangunkan? Ke mana perginya buku panduan Islam Hadhari yang telah diterbitkan oleh JAKIM itu? Bergunakah buku itu sekarang?

Lihatlah…betapa membazirnya kita dengan menghabiskan duit untuk ber’sms’ semasa ‘Akademi Fantasia’. Jika undi sms Akademi Fantasia itu disalurkan untuk pembangunan pendidikan, sudah banyak manfaat yang boleh kita dapat dan sumbangkan. Semuanya lebur demi mengundi ‘calon-calon’tidak pun membela nasib umat dan orang yang beragama Islam kelak.

Ingatlah…jangan kamu berkata jika kamu tidak mampu laksanakannya.Fahamkan dan hayatilah dahulu peringatan yang telah difirmankan daripada Allah dalam kitab sucinya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kemurkaan di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”
(surah As-Saff : 2-3)

Islam bukan memusuhi hiburan, tetapi ada batas-batasnya. Hiburan-hiburan yang sedang ditaja ini tidak membangunkan apa-apa melainkan hanya memperbanyakkan unsur-unsur negetif dalam masyarakat.

Padahal bagi kita, tamadun yang sebenar adalah seperti yang dikatakan oleh
Al-Qaradawi:

“Namun yang kita ingin tegaskan sejak dari awal lagi bahawa hadharah (ketemadunan) yang Islam dirikan bukan seperti tamadun-tamadun yang lain, yang lebih mementingkan sudut jasad dan nafsu insan. Dengan mementingkan kelazatan yang segera di dunia. Dengan menjadikan dunia perkara terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Yang tidak meletakkan Allah dalam falsafahnya satu kedudukan sekalipun. Akhirat pula tiada ruang dalam sistem pemikiran dan pendidikan.
Ini sudah bercanggah dengan Hadharah Islam (Tamadun Islam). Yang mana, ianya menyambung insan dengan Tuhan. Mengikat antara langit dan bumi. Menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan roh dengan kebendaan. Menyeimbangkan antara akal dengan hati. Menghimpunkan antara ilmu dengan iman. Ia mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat tentang kemajuan kebendaan. Ia sebenarnya tamadun kerohanian dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan, individi dan jemaah. Inilah tamadun yang seimbang dan pertengahan”.
(Dr.Yusuf al-Qaradawi, Al-Sunnah masdaran lil-Ma’rifat wal-Hadharat, m.s. 204, cetakan : Dar al-Syuruq, Mesir).